SEJARAH DAN PERBANGUNAN SEKOLAH
Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Tong Wah ditubuhkan pada tahun 1910 dengan nama
awalnya “ Dewan Pelajaran Tong Wah” dan terletak di bangunan “Kuil Tua
Pek Kong”, Jalan Besar, Bagan Serai. Pada ketika itu, hanya 8 orang
murid dan seorang guru sahaja. Bilangan pelajar bertambah ramai dari
masa ke semasa. Oleh kerana bangunan kuil tidak dapat menampung pelajar
yang semakin ramai, maka sekolah ini berpindah ke “ Siong Siong Club” di
Jalan Jetty. Selepas empat tahun, sekolah ini berpindah ke “Hwa Fang
Café” di Jalan Besar Bagan Serai. Pada tahun 1914, seorang penderma
bernama En Ong Hock Thye telah menderma dua buah kedai sebagai bangunan
sekolah.
Pada tahun 1921, sekolah ini bercantum dengan sebuah sekolah persendirian yang terletak di Lorong Jetty, Bagan Serai. En
Ong Hock Thye telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah
kerana telah banyak berjasa kepada sekolah ini selama 20 tahun hingga
beliau berpindah ke Pulau Pinang. Pada tahun 1934, En Beh Soo Yang telah
mengambil alih jawatan Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah sehingga
beliau meninggal dunia pada 1953.
Pada tahun 1941, iaitu zaman pemerintahan
Jepun, sekolah terpaksa diberhentikan. Sekolah berfungsi semula pada
tahun 1945 dibawah pimpinan En Beh Soo Yang dan sokongan penduduk Bagan
Serai. Oleh kerana bilangan murid semakin ramai, Lembaga Pengurus telah
membuat keputusan membeli sebidang kebun kelapa dan sebuah gudang beras
sebagai sekolah sementara.
Memandangkan
masalah kekurangan bilik darjah dan kemudahan menjejaskan kemajuan
pelajaran, pihak Lembaga Pengurus Sekolah En Oh Kow berusaha memohon
kepada Pegawai Jajahan Kerian supaya tapak sekolah di lot 284, Jalan
Besar yang telah diluluskan sebelum perang dunia dikembalikan semula.
Apabila tapak tersebut diluluskan semula, Lembaga Pengurus sekolah ini
menjalankan pembinaan bangunan sekolah baru.
Pada
tahun 1980, Pengerusi Jawatankusa Pembangunan Sekolah En Khor Teng Tong
AMN serta AJK telah memutuskan satu projek baru iaitu mendirikan 4 buah
bilik darjah moden dan 2 bilik setor dalam bentuk 2 tingkat.
En
Cheng Guan Chai dilantik sebagai Guru Besar pada 1986, beliau telah
berjaya membantu PIBG mengutip tabung kebajikan PIBG berjumlah RM 60,000
melalui pertunjukan Malam Kebudayaan.
Pada
tahun 1994, En Tioh Mook Seong dilantik sebagai Guru Besar. Pada tahun
1996, beliau telah melancarkan Aktiviti Walkathon untuk kutipan derma
dan telah berjaya mengutip sebanyak RM 58,098.59.
Pada
tahun 1997, Pn Lee Siew Eng dilantik sebagai Guru Besar, Persatuan
Murid Tua Tong Wah telah melancarkan “Hari Kembali Ke Sekolah” pada
2001dan berjaya mengutip derma untuk mendirikan semula kantin sekolah.
Pada
tahun 2004, En Eng Qing Heng, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan
Murid Tua Tong Wah mendirikan Jawatankuasa Pembangunan Sekolah. Pada
tahun 2005, Projek Pembangunan bangunan sekolah baru dua tingkat
setengah dimulakan dan siap pada tahun 2006. Pada
25.01.2007, sekolah akan mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan Bangunan
Baru yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Chan Kong Choy,
Menteri Pangakutan Malaysia.
Ini adalah Gelanggang Kelanjang
Ini adalah lolong sekolah
Ini adalah lolong laluan kereta ibu bapa