CHEW SHIM LEY ( 20102040446 )

Saturday 8 October 2011

Contoh Penulisan Makro

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN\

Mata Pelajaran          : Bahasa Melayu (Komponen Sastera)
Tingkatan                   : 1 Anggerik
Bilangan Pelajar         : 30 orang
Tarikh                         : 09 Februari 2011
Masa                           : 8.20 – 9.40 pagi (80 minit)
Tajuk                          : Prosa Moden (Cerpen)

Hasil Pembelajaran    : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
                                    i)   mengenali jenis dan bentuk cerpen dalam prosa moden
                                    ii)  mengetahui ciri-ciri dan aspek penting yang perlu ada dalam sesebuah  cerpen
iii) menyenaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen yang
     dibaca
                                    iv) menyemai sikap yakin pada diri apabila berhadapan dengan masyarakat


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                                    i)  set induksi
                                    ii)  aktiviti   : bercerita - penggunaan alat bantu - penggunaan papan       hitam - pengukuhan
                                    iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran


Nilai    : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab
KBKK : menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar tentang prosa moden dan jenis-jenis prosa moden                                 

Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti 4
-pengukuhan
(20 minit)
-          Guru dan murid-murid membincangkan mengenai isi-isi penting yang terdapat dalam cerpen tersebut
-          Guru menyediakan beberapa set soalan untuk diajukan kepada murid-murid
-          Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid
Nilai :
-bekerjasama

Penerangan Pelaksanaan P&P:
Masa
Pelaksanaan aktiviti
Minit 1-4
-          Guru meminta murid-murid mengeluarkan alat tulis.
-          Guru memberi arahan tentang latihan pengukuhan yang akan diberikan.
-          Guru memberikan soalan-soalan yang ingin dijawab oleh murid sebagai latihan pengukuhan.
-          Soalan-soalan latihan tersebut ialah:
1)      Bincangkan isi-isi penting dalam cerpen mengikut urutan cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan.
2)      Jeleskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan.
3)      Berikan pengajaran yang terdapat dalam cerita Sepucuk Surat Daripada Kawan.
4)      Pada pendapat anda, mengapakah adik penulis merampas surat yang ditulis oleh Abe?
Minit 5-8
-          Guru meminta murid murid menjawab soalan dengan senyap.
-          Guru memberitahu murid, perbincangan boleh dilakukan bersama rakan.
Minit 9-14
-          Murid menjawab semua soalan yang diberikan guru.
-          Guru memantau perbincangan yang dilakukan oleh murid supaya murid tidak bising dan melakukan kerja lain.
Minit 15-20
-          Guru menjalankan perbincangan dalam menyemak jawapan murid.
-          Guru memastikan murid benar-benar faham akan pengajaran yang disampaikan.

Refleksi :

No comments:

Post a Comment